top of page

i-Great Teras

i-Great Teras! Ia pelan yang sungguh mudah, mampu bayar dan mengandungi perlindunganasas yang terbaik. Oleh itu, mulalah merancang masa hadapan dengan mendapatkan perlindungan ini. Ramai antara kita yang dikelilingi hutang untuk memenuhi keperluan. Ianya mungkin untuk pembiayaan pinjaman perniagaan atau peribadi, hutang kad kredit, gadai janji ataupun pinjaman pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran. Kita boleh menggunakan manfaat daripada pelan ini untuk membantu melangsaikan hutang tersebut dan bukannya memindahkan sebarang bebanan kepada orang yang tersayang.

 

Keterangan lanjut: https://www.greateasternlife.com/content/dam/great-eastern/my/homepage/personal-insurance/find-the-right-plan/takaful/teras/gelm-takaful-teras.pdf

i-Great Amal

i-Great Amal direka untuk melindungi anda dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak diduga.  Sekiranya berlaku kematian, Jumlah Perlindungan Asas daripada Dana Tabarru’ dan jumlah keseluruhan yang ada di dalam Akaun Individu Peserta (PIA) (jika ada), akan dibayar sepenuhnya, untuk mengurangkan beban orang tersayang.  Sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) sebelum sijil matang, anda akan menerima sejumlah wang mengikut peruntukan TPD dalam sijil untuk perbelanjaan hilang upaya.

 

Di GETSB, kami menghargai kepentingan Haji dan Umrah. Dengan itu, kami menawarkan perlindungan berganda sekiranya anda ditimpa musibah kematian semasa mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah.  Kami akan memberikan Jumlah Perlindungan Asas sebanyak dua kali ganda daripada Dana Tabarru’ dan jumlah keseluruhan yang ada di dalam PIA (jika ada) akan dibayar sepenuhnya kepada insan kesayangan anda supaya meringankan kesukaran kewangan yang mereka hadapi.  Sekiranya anda mengalami TPD semasa mengerjakan Haji atau Umrah, anda akan menerima perlindungan kewangan sebanyak dua kali ganda daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah keseluruhan yang ada di dalam PIA (jika ada) mengikut peruntukan TPD dalam sijil.

 

Keterangan lanjut - https://www.greateasternlife.com/content/dam/great-eastern/my/homepage/personal-insurance/find-the-right-plan/takaful/i-great-amal/gelm-takaful-i-great-amal.pdf

i-Great Iqra'

i-Great Iqra’ memberi ganjaran kepada anda melalui kadar peruntukan yang berpatutan dengan caruman dari hanya RM100 sebulan. Pelaburan yang lebih akan dapat mereliasasikan impian anak anda untuk mencapai matlamat pendidikan yang sewajarnya dengan lebih cepat.

 

Keterangan lanjut: https://www.greateasternlife.com/content/dam/great-eastern/my/homepage/personal-insurance/find-the-right-plan/takaful/i-great-iqra/gelm-takaful-i-great-iqra.pdf

i-Great Abadi

Direka untuk menjana kemewahan, i-Great Abadi memperuntukkan kadar caruman yang tinggi sebanyak 95% kepada pelaburan dari tahun pertama sijil dan seterusnya. Selain itu, pada setiap tahun ke-3 sijil, anda akan menerima tambahan 2% Peningkatan Peruntukan ke dalam peruntukan caruman.

 

Keterangan lanjut: https://www.greateasternlife.com/content/dam/great-eastern/my/homepage/personal-insurance/find-the-right-plan/takaful/i-great-abadi/gelm-takaful-i-great-abadi.pdf

i-Great Damai

i-Great Damai menawarkan kombinasi perlindungan Takaful dan pelaburan, yang melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD).  Dengan serendah RM100 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan dan pada masa yang sama peruntukan pelaburan anda akan meningkat seiring dengan masa.

 

 

Keterangan lanjut: https://www.greateasterntakaful.com/content/dam/great-eastern/takaful/en/homepage/takaful-solutions/find-the-right-plan/build-my-wealth/wealth-accumulation/i-great-damai/i-great-damai.pdf

i-Great Idaman

Memang benar, terdapat ketidakpastian yang boleh mengubah gaya hidup kita. Apakah kita sudah bersedia apabila peristiwa yang tidak dijangka berlaku? Simpanan untuk hari esok adalah satu kemestian, tetapi jangan sehingga mengabaikan keperluan hari ini. Pelan i-Great Idaman direka khas untuk mengatasi isu ini.  Pelan ini digubah untuk mengandungi elemen-elemen keperluan yang telah dinyatakan dan sudah semestinya menjadi keperluan hidup anda diwaktu ini.

 

Keterangan lanjut: https://www.greateasterntakaful.com/content/dam/great-eastern/takaful/en/homepage/takaful-solutions/find-the-right-plan/save-for-the-future/future-goals/i-great-idaman/i-great-idaman.pdf

bottom of page